Yusof dan kawan-kawannya yang berseragam sekolah dan berkasut hitam sedang bermain bola di padang sekolahnya. Mereka memekik dan berlari. Mereka berlari dengan pantas untuk mendapatkan gol. Selepas sepuluh minit, waktu rehat sudah selesai lalu Yusof dan kawan-kawannya berlari ke kantin untuk menunggu gurunya untuk membawa kelasnya ke bilik darjah.
“Sudah lima minit. Mana Cikgu Siti?” tanya Yusof. Kantin itu mula bising. Kelas Yusof bising kerana ramai orang berbual dengan kuat dan bermain. Tiba-tiba, pengetua sekolah tiba ke kantin dan ternampak kelas Yusof yang membuat bising. Pengetua sekolah berjalan ke arah mereka. Kelas Yusof mula diam.
“Siapa guru awak?” tanya pengetua sekolah.
“Cikgu Siti,” jawab rakan Yusof.
“Oh. Dia tidak datang ke sekolah hari ini. Awak pergi ke kelas dahulu. Nanti saya akan memanggil seorang guru untuk ke kelas awak,” kata pengetua itu. Kelas Yusof membuat dua barisan yang lurus dengan cepat. Ketika dia berjalan, dia baru tahu dompetnya hilang. Dia mula panik. Dia fikir apa yang hendak dibuat selepas sekolah. Ketika gurunya mengajar, dia memikirkan tentang bagaimana dia hilang dompetnya itu. Dia fikir ia tercicir ketika dia berlari ke kantin atau dompetnya itu terjatuh ketika dia sedang bermain. Dia dipanggil oleh guru beberapa kali. Selepas sekolah, ibu Yusof menelefonnya.
“Yusof, hari ini Mama akan datang lambat kerana Mama ada hal. Ada sepuluh dolar di meja bilik Yusof,” kata ibu Yusof.
“Terima kasih Mama,” kata Yusof. Dia meletak telefonnya dan berjalan ke perhentian bas. Dia berasa senang.
“Saya akan pulang ke sekolah pada jam enam petang,” fikir Yusof. Apabila dia pulang ke rumah, dia mandi dan rehat sedikit. Apabila sudah pukul lima, dia mula mencari sebuah lamu suluh di biliknya. Selepas itu, dia memakai pakaian seragam sekolah dan mengambil kunci rumahnya dan pergi ke sekolahnya. Apabila dia pulang ke sekolah, pintu sekolahnya masih buka. Dia tahu masih ada guru yang berada di sekolah. Dia berasa takut sekiranya dia ditangkap oleh guru. Jadi dia akan menunggu di kantin sampai pukul tujuh. Kemudian, sekolahnya mula gelap. Dia menggunakan lampu suluh untuk mencari. Dia berjalan dengan perlahan-lahan lalu mencari dompetnya dengan teliti.
“Sudah satu jam dan saya belum jumpa dompet saya,” kata Yusof. Apabila dia sudah mencari dompetnya di kantin dengan teliti, dia mula mencari di padang sekolahnya. Dia teringat cerita gurunya bahawa dia pernah lihat seorang lelaki yang berjalan di padang sekolahnya. Dia mula berasa takut dan hendak rehat dahulu. Dia berjalan ke kerusi dan rehat. Selepas lima minit, dia mula mencari dompetnya di padang lagi. Dia berjalan sambal mencari perlahan-lahan. Apabila dia sampai ke tengah padang itu, dia terjumpa dompet hitamnya. Apabila dia tunduk untuk mengambil dompetnya, dia ternampak seorang lelaki. Dia terkejut lalu terjatuh ke belakang. Dia berdiri dan ternampak seorang pegawai keselamatan. Dia ternampak namanya, Encik Faizal, yang terletak di bajunya. Yusof berasa senang sedikit.
“Apa awak sedang buat di sini?” tanya Encik Faizal.
“Minta maaf. Saya sedang mencari dompet saya dan saya telah menjumpainya,” jawab Yusof.
“Awak tidak boleh membuat perkara seperti ini, faham?” kata Encik Faisal.
“Minta maaf,” kata Yusof.
“Cepat balik rumah,” kata Encik Faisal. Yusof mengangguk dan berlari ke rumah. Apabila dia pulang ke rumah, dia cepat mandi dan menyalin baju. Selepas itu, dia menonton televisyen. Saat itu, ibunya baru pulang ke rumah.
“Apa khabar?” tanya ibu Yusof.
“Baik,” jawab Yusof.
“Mengapa kamu tidak jawab apabila Mama telefon tadi? tanya ibunya lagi.
“Maaf, saya tertidur tadi,” jawab Yusof. Ibunya mengangguk lalu pergi ke tandas untuk mandi. Selepas itu, dia tanya ibunya. “Di mana Mama sekolah ketika Mama berusia seperti saya?”
“Di sekolah kamu,” jawab ibunya.
“Mama tahu siapa Encik Faizal?”
“Ya, dia seorang pegawai keselamatan,” kata ibu Yusof dengan muka sedih, “dia terlibat dalam suatu kemalangan yang teruk dan sudah meninggal. Mengapa?” Yusof berasa sejuk.
“Tidak. Cikgu saya ceritakan tentangnya pada saya,” kata Yusof. “Saya ke bilik saya. Saya mahu tidur.” Dia ke biliknya dan baring di atas katilnya. Beberapa jam kemudian, dia pun tidur. Selepas bangun, dia ke sekolah. Dia teringat apa yang terjadi semalam dan akan menyimpan dompetnya dengan baik.