Cerpen Pelajar
Nama aku Amirul. Umur aku tiga belas tahun. Aku seorang pelajar yang sentiasa cemerlang dalam apa jua subjek.
“Alahai, Musdhalifah.. Soalan senang begini pun tidak boleh jawab dengan betul? Kesian..,” aku menyindir Musdhalifah dengan nada sarkastik. Aku berlalu pergi dari meja Musdhalifah dengan senyuman sinis. Aku sempat melihat kertas jawapan Matematik milik Musdhalifah.
Aku merenung jauh sambil tanganku menggenggam jeriji penjara. Mataku tertumpu pada tembok yang berhadapan dengan aku. Kelihatan corat-coret yang menghiasi tembok itu. Pasti peninggalan penghuni-penghuni penjara sebelumnya. Lamunanku menerpa sanubariku.
Hanya suara cengkerik menjadi temanku pada malam Ramadan pertama itu. Aku bersyukur kerana umurku dipanjangkan lagi untuk beribadah kepadaNya. Aku teringat akan peristiwa yang berlaku atas diriku ketika aku berumur 18 tahun.
Hi kawan-kawan! Aku adalah Amira. Aku ialah telefon bimbit yang mahal dan canggih. Aku disarungkan dengan sarung telefon bimbit yang berwarna-warni dan berbunga-bunga. Aku dijaga dengan baik. Pada suatu hari, Puan Amida pergi ke kedai kopi untuk membeli sarapan sebelum dia ke pejabatnya.
Setiap orang pasti mempunyai wira dalam hidup mereka. Bagi aku,wiraku adalah ibuku. Aku mahu mengikut jejak langkah ibuku. Nama ibuku ialah Jariah. Umurnya tiga puluh empat tahun .Dia seorang guru yang di Sekolah Menengah Northbrooks. Aku menganggap ibuku sebagai wiraku kerana dia seorang yang rajin.
Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa tidak semua wira memakai kain layang. Bagiku kata-kata ini memang benar. Wira tidak semestinya seorang wira hebat yang lahir dalam studio filem seperti Batman, Superman atau Cicakman. Wira juga tidak semestinya orang yang menyelamatkan orang lain atau mempercepatkan sebuah negara.
Pada suatu hari, Intan sedang berjalan pulang ke rumah. Ketika dia sedang berjalan, Intan ternampak diriku yang tercampak di lantai. Dia tersenyum. Dia mengelap mukaku yang bercalar. Selepas membersihkan wajahku, senyumannya yang manis tadi hilang. Dia kelihatan keliru sekali. Mungkin Intan tidak tahu bagaimana dia mahu mencari pemilikku.
Aku sebuah telefon bimbit jenama Samsung. Aku berasa gembira apabila tuanku, yang bernama Mika memilih aku daripada bermacam-macam jenis telefon bimbit yang lain. Aku rasa Mika akan menjaga aku dengan baik. Aku mengejutkan Mika daripada tidur setiap pagi. Dia membawa aku ke sekolah setiap hari.
MATAHARI memancar seikhlas tenaganya ke alam semesta. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Raja Semut Merah memerintah untuk rakyatnya mencari epal yang istimewa di Gunung Ledang. Setelah mendengar suruhan itu, banyak semut memulakan perjalanan mereka. Apabila Semut-semut Merah itu sampai di atas Gunung Ledang, mereka terjumpa dengan Semut-semut Hitam.
“Saya sudah habis sekolah, ibu. Nanti saya jumpa ibu di rumah,” pesan Alif yang hendak pulang ke rumah selepas kelas tambahan. Dia berjalan bersendirian kerana kawan-kawannya sudah pulang ke rumah. Sambil berjalan di kolong bloknya, dia ternampak dua orang remaja yang sedang menghisap rokok tanpa segan silu.
Dalam cuaca panas terik ini Jeff terpaksa berjalan kaki pulang ke rumahannya. Badannya dibongkokkan untuk mengatasi keberatan beg sekolahnya. Badannya berpeluh dan Jeff barasa panas dan haus. Dia meraba-raba di tepi beg sekolahnya untuk botol airnya tetapi botol airnya tidak di situ.
“Aduh! Panasnya hari ini,” keluh Tobias sambil mengesat peluh di dahinya. Ketika itu, Tobias sedang berjalan pulang dari sekolah selepas latihan larian. Sewaktu berjalan, Tobias ternampak anak-anak jirannya, Mick dan Izzati sedang melepak di kolong blok.
Yusof dan kawan-kawannya yang berseragam sekolah dan berkasut hitam sedang bermain bola di padang sekolahnya. Mereka memekik dan berlari. Mereka berlari dengan pantas untuk mendapatkan gol. Selepas sepuluh minit, waktu rehat sudah selesai lalu Yusof dan kawan-kawannya berlari ke kantin untuk menunggu gurunya untuk membawa kelasnya ke bilik darjah.
Aku sedang berehat di atas sofa sambal menonton televisyen. Jam di dinding menunjukkan 11:45 malam. Aku masih terjaga kerana aku tidak mampu tidur. Peperiksaan PSLE sudah tamat. Aku sudah lama tidak menonton televisyen. Aku hanya menelaah pelajaran di rumah hingga kertas terakhir.
Astrophel memegang tangan kakaknya, Rosakuroa, sambil menunjuk lampu suluhnya ke arah hutan. Mereka berdua ingin meneroka hutan tu untuk mencari binatang dan tumbuhan yang menarik.
Cuaca pada malam itu sungguh dingin sekali. Angin meniup dengan kencang dan bintang bersinar di angkasa. Ali sedang baring di atas katil di biliknya setelah ibu bapanya keluar sebentar. Tiba-tiba, dia berfikir ingin keluar rumahnya dan pergi ke taman yang berdekatan dengan rumahnya.
Saya ada seorang abang bernama Ismail. Dia berumur sepuluh tahun. Abang Ismail berambut pendek dan selalu berpakaian kemas. Abang saya seorang yang penyayang. Dia mengambil berat tentang diri saya. Pada waktu lapang kami suka bermain bola sepak bersama-sama di padang. Kami bermain di padang yang berdekatan dengan rumah.
“Ring!!!” Loceng berbunyi. Amirul dan kawan- kawannya pergi ke kantin untuk membeli makanan mereka. Amirul menyedari bahawa dia terlupa membawa dompetnya ke sekolah. Amirul pergi ke bilik darjah yang kosong dan dia ternampak beg yang tidak berzip. Amirul meletakkan tangannya di dalam beg dan dia terjumpa sebuah dompet.
“Berapa lama lagi harus saya menunggu?” keluh Sarah. Sambil menantikan kedatangan bas nombor 25 tangannya ligat memintal-mintal rambutnya yang bertocang dua. Sudah hampir dua puluh minit, Sarah berpeluh-peluh menunggu di tepi perhentian bas. Dia pun menyeka manik-manik keringat yang mula berguguran di dahinya.
“Tidak! Sudah berkali-kali Ibu larang kau ambil lesen motosikal tetapi kau masih degil dan tidak dengar cakap Ibu!” bentak Ibuku di ruang tamu pada malam itu. “Mengapa tidak boleh Ibu? Semua kawan-kawan Lina sudah ada lesen motosikal. Mengapa Lina tidak boleh?” tanyaku sekali lagi meminta penjelasan dari Ibuku.