Cerpen Pelajar

Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya

olehHalim Yasin ( Kelas: 6D Sekolah Rendah Endeavour )
April 2016

“Aduh! Panasnya hari ini,” keluh Tobias sambil mengesat peluh di dahinya. Ketika itu, Tobias sedang berjalan pulang dari sekolah selepas latihan larian. Sewaktu berjalan, Tobias ternampak anak-anak jirannya, Mick dan Izzati sedang melepak di kolong blok.

“Hei! Kamu berdua sedang buat apa?” tanya Tobia kehairanan.

“Oh, kamu rupanya. Hendak cuba satu?” tanya mereka sambil menghulurkan sebatang rokok di tangan mereka. Tobias terkejut apabila melihat barangan itu. Dia terus menasihati mereka supaya berhenti melakukan perkara itu kerana merokok adalah salah dari segi undang-undang. Lagipun mereka masih di bawah umur. Namun, Mick dan Izzati tetap tidak mempedulikan kata-kata Tobias tadi.

Tiba-tiba, mereka didatangi tiga orang samseng dan menyuruh Tobias beredar dari tempat itu. Tobias terus berundur dan diketawakan oleh mereka. Ketika Tobias beredar, dia terdengar salah seorang daripada samseng itu merancang ingin melakukan rompakan. Tobias dengan cepat melaporkan rancangan itu kepada pihak polis.

Selang beberapa minit kemudian, polis pun tiba. Mereka menyoal siasat samseng-samseng it dan membawa mereka ke balai polis. Ketika itu, Mick dan Izzati juga ada di situ. Mereka diberi amaran supaya jangan bercampur dengan kumpulan samseng itu dan jauhi rokok. Mick dan Izzati amat menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mereka lagi kerana mereka akur sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Terpaksa

Siapa Encik Faizal?