Cerpen Pelajar

Penyeluk Kocek

olehPhardhana (Darjah 6)
January 2016

Oleh: Phardhana (Darjah 6)
Diedit oleh: Cikgu Siti Nurhidayah Binte Abdul Aziz

“Berapa lama lagi harus saya menunggu?” keluh Sarah. Sambil menantikan kedatangan bas nombor 25 tangannya ligat memintal-mintal rambutnya yang bertocang dua. Sudah hampir dua puluh minit, Sarah berpeluh-peluh menunggu di tepi perhentian bas. Dia pun menyeka manik-manik keringat yang mula berguguran di dahinya.

Bas yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Ramai orang di perhentian bas mula berasak-asak beratur. Sarah membiarkan orang ramai menaiki bas itu dahulu sementara dia menunggu gilirannya dengan sabar. Bas itu penuh sesak seperti di dalam tin ikan sardin. Dalam perjalanan di dalam bas, Sarah sedang memerhatikan seorang lelaki di hadapannya yang memakai topi berwarna hitam. Lelaki itu kelihatan sangat mencurigakan kerana dia berdiri dengan sangat rapat pada seorang wanita di hadapannya. Apabila Sarah mengawasi gerak-geri lelaki itu, rupa- rupanya, ada sebuah dompet di belakang kocek seluar wanita itu yang memancing pandangannya. Wanita itu mungkin ingin turun dari bas di perhentian seterusnya. Tidak disangka-sangka, lelaki itu telah menyeluk kocek wanita itu dengan pantas seperti lipas kudung sebelum dia beredar dari bas itu. Penyeluk Kocek

Dengan tergopoh-gagap, Sarah menyusul turun dari bas itu. Sarah memberitahu wanita itu tentang kecurian dompetnya. Wanita dan penumpang- penumpang yang berhampiran terkejut mendengar tentang kejadian itu. Lantas, sebaik sahaja penyeluk kocek itu mendengar akan kekecohan di perhentian bas, dia pun cuba melarikan dirinya.

Wanita dan beberapa orang penumpang cuba mengejar penyeluk kocek itu sambil berteriak. Pencuri itu lari secepat kilat. Namun, ketika dia sedang berlari, kakinya telah tersandung pada sebatang kayu lalu terjatuh seperti nangka busuk.

“Aduh!” jerit penyeluk kocek itu dalam kesakitan.

Penyeluk kocek itu berjaya ditangkap oleh beberapa orang penumpang yang mengejarnya tadi. Walaupun puas meronta-ronta dia masih tidak mampu bergerak mahupun menyelamatkan dirinya. Jantung Sara masih berdebar kencang. Kali ini sebabnya ialah dia tidak sabar hendak pulang ke rumah dan menceritakan segala pengalamannya kepada ibu dan ayah. Inilah yang dinamakan kecil-kecil cili padi. Walaupun kecil, Sara berjaya membantu dalam penangkapan seorang penjenayah.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Kejujuran

Suatu Penyesalan