Sanggar Sastera

Pengembaraan Dunia

olehFatin Nabilah Bte Zahari
September 2016

Gunung-gunung yang berdiri,
Tinggi dan tegas di atas bumi.
Langit yang biru, luas dan jelas,
Membayangkan dunia yang suci.

Kelembutan aliran air yang jernih
Di sungai, menuju ke arah hilir
Hutan yang lebat dan sesungguhnya hijau
Kediaman bagi binatang yang hidup berharmoni

Aku ingin mengembara dunia,
Jauh dari kemajuan, dari bandar raya.
Menghargai alam buat kali pertama,
Menyaksikan ciptaan Tuhan selama-lamanya.

Aku sedar, Singapura tidak jauh seberapa
Dari segi keindahan, jelas dinampak.
Di sini terdapat kemajuan yang dahsyat
dan juga kepesatan teknologi.
Namun kehausanku semakin meninggi
Untuk ke tempat yang semula jadi.

Dunia yang indah dan luas ini
Haruslah kita merampas peluang
untuk ke sana sini.
Kalau tidak, sudah pasti kita akan rugi
Kerana gagal meneroka ciptaan Illahi.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Pengembara

Warisanku Bahasa