Sanggar Sastera
Biar sesaat terlepas Biar sesaat tertunda Melayan bicara minda Menanggung beratnya nilai kata-kata
Hari ini harinya Tanpa merancang Buku merah dalam tangan Aku mulakan pengembaraan Laut, darat, udara Aku tiba di destinasi Beribu-ribu batu jauh dari keselesaan Mengikut kata hati Aku terus melangkah Dengan hati yang ghairah.
Gunung-gunung yang berdiri, Tinggi dan tegas di atas bumi. Langit yang biru, luas dan jelas, Membayangkan dunia yang suci.
Adik, Biar langit melihat wajahmu, Biar ia saksikanmu penuhi amanahmu Kerana kau hamba Tuhan diperkasakan iman. Kerana kau anak bangsa dimuliakan bahasa.
Bangsaku kaya Harta permata kita ditinggalkan nenek moyang Gelang emas penghias nadi Warisan emas menjadi rantaian nadi Biar dirangkul erat segala milik harta Secebis nota buatmu sayang.
Ibarat mengejar sang mentari Langit cerah menyinari cahaya Memberi perangsang pada diri Usah diikutkan jiwa yang lemah.
Tanpa batas, tanpa sempadan Untuk diciduk, untuk digali Nanti labanya kau juga yang raih Tingkatkan usaha, bulatkan hati.