Aku sedang berehat di atas sofa sambal menonton televisyen. Jam di dinding menunjukkan 11:45 malam. Aku masih terjaga kerana aku tidak mampu tidur. Peperiksaan PSLE sudah tamat. Aku sudah lama tidak menonton televisyen. Aku hanya menelaah pelajaran di rumah hingga kertas terakhir.
Aku hampir melelapkan mata tetapi aku tersedar apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat. Bunyinya seperti orang sedang memecah masuk rumah jiranku. Aku melihat ke luar jendela bilikku. Aku ternampak dua tubuh seperti lelaki dewasa yang sedang memegang beg di kedua-dua tangan. Namun, aku membuat andaian yang mereka hanya rakan jiran aku, Encik Hafiz, yang mungkin hendak pulang ke rumah mereka. Mereka berjalan dengan senyap dan berjaga-jaga.
Pada keesokan harinya, Encik Hafiz menziarahi rumah aku. Dia memberitahu keluargaku bahawa rumahnya dipecah masuk. Kami berasa amat bimbang kerana harta benda Encik Hafiz diambil oleh pencuri tersebut. Aku juga berasa bimbang, namun aku rasa bahawa aku boleh membantunya. Aku memberitahu Encik Hafiz tentang apa yang aku lihat semalam. Pada mulanya, Encik Hafiz membuat andaian bahawa aku hanya bergurau sahaja. Namun, ibu bapaku mengatakan bahawa aku boleh menghulurkan bantuan dalam kes itu kerana di sekolah, aku dianggap sebagai “Detektif Kanak-Kanak” oleh guru-guru kerana aku pernah menyelesaikan banyak kes-kes di sekolah. Encik Hafiz mula berasa lega. Aku mula membuat andaian selepas Encik Hafiz pulang ke rumahnya.
Andaian pertama aku adalah perompak-perompakk yang dilaporkan di estet berdekatan. Mungkin mereka telah merancang untuk meromplak di estet-estet lain. Aku meminta izin daripada ibu bapaku untuk tidur di rumah rakanku, Zain, yang tinggal di Ang Mo Kio. Aku menyediakan barang-barang aku sebelum pergi ke rumah Zain. Aku menyediakan barang-barang aku sebelum pergi ke rumah Zain. Aku menyediakan kamera dan lampu suluh aku lalu bertolak ke rumah Zain.
Apabila aku sampai ke rumah Zain, jam aku menunjukkan masa sembilan setengah malam. Aku mula menyediakan barang-barang aku untuk menyelesaikan kes ini. Aku membawa lampu suluh, beg tidur, makanan dan minuman. Aku juga membawa kamera malam aku untuk menunjuk sebagai aku telah menyaksikan jenayah itu. Aku hamper tertidur beberapa kali. Namun, aku dapat mengawal kepenatan aku.
Tiba-tiba, aku ternampak dua orang lelaki yang sedang berjalan ke rumah bersebelahan Zain dengan berjaga-jaga. Aku dengan perlahan merapatkan diriku dengan perompak-perompak itu. Aku dengan pantas menelefon pihak polis untuk ke kawasan perumahan itu. Selepas sepuluh minit, pihak polis tiba ke tempat jenayah itu. Mereka diikut keluar oleh pihak poli. Aku menunjukkan pihak polis itu foto-foto penjenayah itu. Mereka mengaku bahawa mereka telah merompak beberapa rumah. Mereka pun dihukum. Mangsa-mangsa perompak-perompak out mengucapkan terima kasih kepada aku kerana dapat memulangkan harta benda mereka.