Hi kawan-kawan! Aku adalah Amira. Aku ialah telefon bimbit yang mahal dan canggih. Aku disarungkan dengan sarung telefon bimbit yang berwarna-warni dan berbunga-bunga. Aku dijaga dengan baik.
Pada suatu hari, Puan Amida pergi ke kedai kopi untuk membeli sarapan sebelum dia ke pejabatnya. Semasa dia bergegas hendak ke pejabatnya, dia tidak sedar bahawa aku tercicir. Aku berasa sangat sedih. Aku takut aku tidak akan pulang bersama Puan Amida.
Setelah beberapa minit kemudian, seorang budak lelaki mengutipku. Dia tidak menjaga aku sebaik Puan Amida. Dia mencampak aku ke dalam begnya yang kotor dan gelap. Aku rindu Puan Amida.