Cerpen Pelajar

Malam Yang Sunyi

olehAtiqah Zahra Ahmed (Darjah 5 Diligence, Sekolah Rendah Hougang)
March 2016

Cuaca pada malam itu sungguh dingin sekali. Angin meniup dengan kencang dan bintang bersinar di angkasa. Ali sedang baring di atas katil di biliknya setelah ibu bapanya keluar sebentar. Tiba-tiba, dia berfikir ingin keluar rumahnya dan pergi ke taman yang berdekatan dengan rumahnya. Dalam sekelip mata, dia melompat keluar dari katilnya, menyalin paaian dan keluar rumah dengan membawa sebuah lampu suluh.

“Hoot! Hoot! Hoot!” bunyi seekor binatang yang membuat Ali terkejut. Dia mengarah lampu suluhnya ke sana dan ke sini tetapi tiada seekor binatang yang boleh dilihat. Dalam sekelip mata, dia ternampak setangkai bunga mawar. Ia berbau sungguh harum dan Ali berasa terkejut apabila dia pusing dan ternampak sebuah padang bunga.

“Hmmmm! Harumnya!” kata Ali. Dia mengikut jejak bau bunga-bunga di dalam padang itu sehingga akhir padang itu. Tiba-tiba, dia tersedar bahawa dia terperangkap dalam taman tersebut. Dia mula menggigil ketakutan apabila pokok-pokok sekitaran dengan Ali kelihatan seperti hantu-hantu yang menyeramkan. Dia terjatuh lampu suluhnya dalam ketakutan dan bateri di dalamnya tergolek di atas lantai sehingga lampu suluh itu tidak boleh digunakan lagi.

Ali tiada ke mana-mana untuk pergi di dalam taman tersebut. Dia telah hilang dalam taman yang menyeramkan itu dan mula menangis ketakutan. Badannya menggigil kerana angin yang sejuk mula meniup kencang apabila dia terdengar orang yang sedang berjalan ke arahnya.

Bunyi orang yang berjalan itu menjadi lebih kuat dan Ali juga menjadi lebih takut. Dia menutup mukanya dengan tangannya sambill menangis apabila dia rasa sesuatu yang menyentuh badannya. Ali menjerit sekuat mungkin tetapi berhenti apabila tersedar bahawa orang itu adalah seorang pakcik yang sedang berjalan di taman tersebut.

Pakcik itu cuma menolong Ali berdiri dan menanyakan dia mana rumahnya. Ali, yang masih menggigil ketakutan, memberitahu pakcik itu mana dia tinggal dan mereka berdua berjalan pulang tanpa berbual.

Apabila mereka sampai di rumah, Ali mengetuk intu rumhnya dan ibunya yang sedang menangis teresak-esak membuka pintu. Beliau memeluk Ali dengan erat setelah nampak dia berdiri di hadapan pintu, menggigil ketakutan.

Bapa Ali juga berasa sungguh lega setelah Ali pulang ke rumah. Ibu Ali pula mengucapkan terima kasih kepada pakcik itu dan mahu memberi sedikit wang kepadanya tetapi dia menolak pemberian tersebut. Selepas itu, pakcik itu pun pulang ke rumahnya’.
Setelah kejadian itu, Ali belajar untuk mendengar peraturan ibu bapanya dan jangan keluar pada waktu malam. Ali berasa sungguh beruntung setelah pakcik itu menolongnya untuk pulang ke rumah. Bapa Ali juga telah menghukum Ali dan dia tidak dibenarkan menonton televisyen selama seminggu.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Komet

Abang Saya