Cerpen Pelajar

Komet

olehZahra Aliyah binte Mohammed Salleh ( Darjah 6, Sekolah Rendah Anderson )
March 2016

Astrophel memegang tangan kakaknya, Rosakuroa, sambil menunjuk lampu suluhnya ke arah hutan. Mereka berdua ingin meneroka hutan tu untuk mencari binatang dan tumbuhan yang menarik.

Mereka pergi ke hutan itu untuk berkhemah. Cuti sekolah sudah tiba dan mereka berdua ingin membuat aktiviti-aktiviti yang baru pada bulan itu. Astrophel dan Rosakuro membuat rancangan untuk berkhemah dengan beberapa kawan-kawan mereka di hutan.

Rosakuro menarik tangan Astrophel dan mereka mula berjalan lagi ke dalam hutan. Apabila mereka ternampak sesuatu yang kelihatan menarik, Astrophel akan mengeluarkan kameranya dari kocek dan mengambil gambar dengan objek itu.

“Astrophel, boleh kami pulang ke khemah sekarang? Sekarang sudah lewat,” tanya Rosakuro.

“Rosakuro, saya ingin mengambil beberapa gambar, lalu saya akan pulang. Awak boleh pulng dahulu. Jangan risau, saya tahu di mana khemah kami,” Astrophel menjawab sambal menghidupkan lampu suluhnya.

Rosakuro bersetuju dengan Astrophel walaupun dia berasa amat bimbang. Dia memberitahunya untuk menjerit jika dia sesat. Lalu, Rosakuro pulang ke khemah mereka.

Astrophel mengeluarkan kameranya apabila dia ternampak cahaya yang terang. Dia ingin tahu tentang cahaya itu dan berlari ke arahnya. Cahaya itu mengeluarkan bunyi seperti seekor tikus dan terbang ke atas pokok. Ia cuba melarikan diri daripada Astrophel.

Astrophel mengejar cahaya itu. Tekaknya kering dan jantungnya berdebar dengan kuat. Tangan dan kakinya berasa sakit. Dia terus berlari walaupun sedang berasa penat. Dia berhenti seketika dan bernafas dengan cepat. Badannya berpeluh dan ada daun dalam rambutnya.

Astrophel melihat sekeliling dan sedar dia tidak tahu bagaimana untuk pulang ke khemahnya. Kerisauan dirasa olehnya dan dia terduduk di bawah sebatang pokok.

“Rosakuro!”

Banyak kelawar terbang ke lain tempat apabila Astrophel menjerit untuk kakaknya. Astrophel menunggunya dalam keadaan cemas dan sedih. Air mata mula jatuh dari matanya.

Tiba-tiba, Astrophel ternampak cahaya itu sekali lagi. Dia menunjuk lampu suluhnya ke arah cahaya itu dan dapat tahu cahaya itu adalah seekor makhluk yang berbentuk binatang. Ia berwarna kuning dan ada sepasang mata berwarna hitam. Makhluk itu terbang kea rah Astrophel dan memeluknya. Dia juga mengelap air matanya.

Astrophel tersenyum, “Saya akan menamakan kamu ‘Comet’.”

Comet terbang sekitar Astrophel dengan gembira. Comet lalu terbang ke satu arah dan menarik Astrophel ke arah itu.
Selepas beberapa minit, Comet dan Astrophel pulang ke khemah. Rosakuro memeluk Astrophel. Dia berasa sangat gembira kerana Comet menolong Astrophel pulang.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Pecah Rumah

Malam Yang Sunyi