Cerpen Pelajar

Kejujuran

olehAaliya bte Hisham (Darjah 4)
January 2016

Karya Asal Oleh : Aaliya bte Hisham (Darjah 4)
Diedit Oleh : CIkgu Faradilah Bte Mohd Yaakop

“Ring!!!” Loceng berbunyi. Amirul dan kawan- kawannya pergi ke kantin untuk membeli makanan mereka. Amirul menyedari bahawa dia terlupa membawa dompetnya ke sekolah.

Amirul pergi ke bilik darjah yang kosong dan dia ternampak beg yang tidak berzip. Amirul meletakkan tangannya di dalam beg dan dia terjumpa sebuah dompet.

Qistina juga pergi ke kelas untuk mengambil botol airnya dan dia ternampak Amirul sedang menyelongkar beg seseorang. Dia bersembunyi di belakang sebuah tembok. Jantungnya berdegup kencang. Qistina serba salah dan tidak tahu apa yang perlu dibuatnya.
“Mesti dia sedang mencuri,” bisik hati kecil Qistina. Sebaik sahaja Amirul mendapat dompet tersebut dia bergegas keluar meninggalkan bilik darjah itu. Namun, dia terfikir, “Adakah perkara ini betul atau salah?” Semasa dia di kantin, dia tahu perbuatannya itu salah dan dia pergi ke pejabat sekolah untuk melaporkan dirinya.

Apabila dia melaporkan dirinya, pengetua memuji Amirul kerana dia melaporkan dirinya kepada guru-guru yang ada di dalam pejabat sekolah. Bagaimanapun, dia tetap dimarahi kerana dia mencuri sebuah dompet. Amirul meminta maaf kepada pengetua dan memberitahu pengetua yang dia tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Abang Saya

Penyeluk Kocek