Sanggar Sastera

I.L.M.U

olehCikgu Siti Nurhidayah Binte Abdul Aziz
January 2016

Ibarat mengejar sang mentari
Langit cerah menyinari cahaya
Memberi perangsang pada diri
Usah diikutkan jiwa yang lemah

Ibarat mendaki gunung yang tinggi
Laluan cepat hanyalah gangguan
Melangkah terus tiada henti
Untuk menggenggam suatu kejayaan

Ibarat nelayan memancing ikan
Lautan dalam sentiasa bergelora
Masa berlalu jangan dibiarkan
Untuk meraih suatu kecemerlangan

Ibarat taman penuh berbunga
Lebah datang menghinggapinya
Madu manis dapat dirasa
Usah berhenti begitu sahaja

Share icon-linkedin icon-facebook icon-twitter icon-wa

Kaya Raya, Saya.

Pesan Buat Adinda