Cergas Cerdas
Selain daripada usaha gigih dan konsisten, dan tidur yang mencukupi, cara pemakanan juga merupakan faktor penyumbang yang penting kepada kejayaan akademik seorang pelajar.
Otak manusia – ia merupakan salah satu organ yang paling penting dalam tubuh seorang manusia. Ramai daripada kita sering mengambil sambil lewa tentang betapa signifikan ciptaan Yang Maha Esa ini. Pada masa yang sama otak memiliki pelbagai fungsi yang tidak diketahui oleh masyarakat.
Pada zaman persekolahan kini, sudah tentu anda kadangkala sibuk mengulang kaji pelajaran untuk ujian-ujian yang akan datang di samping menghabiskan tugasan-tugasan rumah yang bertimbun, bukan? Kadangkala, rasa bosan, letih dan tertekan pasti dirasai apabila terlalu banyak masa diluangkan untuk kerja-kerja sekolah.
Makanan Melayu sering dianggap tidak sihat disebabkan bahan-bahan yang digunakan di samping kaedah masakannya. Contohnya, banyak makanan Melayu digoreng dengan menggunakan kadar minyak yang tinggi.
Sarapan pagi merupakan perkara yang amat penting dan seharusnya dijadikan rutin wajib setiap hari. Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan pagi, lebih-lebih lagi para pelajar dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat menyediakan makanan ringan kerana bangun lewat.