Bicara Budaya
Perkataan "bangsawan" merupakan gabungan dua perkataan iaitu "bangsa" dan "wan". "Wan" merupakan suatu gelaran bag mereka yang berketurunan yang menggunakan nama "Wan", "Syed" atau mempunyai darah diraja.
Songket merupakan tekstil tradisional yang berasal dari Pulau Sumatra di mana benang emas atau perak ditenun ke dalam benang lungsin. Ianya dipercayai Kain songket dianggap kain yang mewah. Pada zaman dahulu, hanya orang-orang bangsawan sahaja yang dapat mengenakan kain songket.
Para sejarawan mempercayai bahawa asal-usul batik bermula sejak abad ke-17 masihi. Pada waktu itu, corak batik dilukiskan pada daun lotar dan papan rumah adat Jawa. Pada mulanya, pola atau motif batik didominasi dan diilhamkan oleh flora dan fauna.
Silat merupakan sejenis seni bela diri yang berasal dari nusantara Melayu. Di Singapura, silat mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat Melayu. Ini dapat dilihat daripada populariti persembahan-persembahan silat yang sering dipentaskan sewaktu majlis-majlis keramaian seperti majlis walimatul urus atau majlis pelancaran Bulan Bahasa.
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam alat muzik genderang. Dipercayai bahawa kompang berasal dari negeri Arab dan telah dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-13 ketika zaman Kesultanan Melaka.