Dalam kalangan ahli seni, terdapat tanggapan bahawa setiap individu, secara lahiriah, merupakan seorang pencipta seni. Zaman kini, seni membawa bersamanya spektrum tanggapan yang berbeza. Ada yang berpendapat seni itu hanya terdapat di galeri pameran, manakala ada yang percaya bahawa seni itu terdapat di mana saja mata memandang. Sebagaimana seni itu bersifat subjektif, begitu juga dengan pengalaman setiap individu yang melahirkan karya seni.
Kali ini, kami meneroka kehidupan seorang pelukis kontemporari untuk memahami seni dan pengalaman yang dibentuk oleh seni. Kami mewawancara Cik Nur Nasuha Bite Zakariah, 25 tahun, graduan Kolej Kesenian Lasalle yang telah beriaya mempamerkan hasil karya lukisan kontemporari dalam adegan seni tempatan.
Bagaimanakah perjalanan seni lukis Cik Nasuha bermula?
la bermula sejak saya dalam peringkat sekolah darjah. Ketika it seni merupakan salah satu subjek kegemaran saya. Saya mendapati bahawa seni ialah subjek yang dapat memperkenalkan diri saya kepada erti mewarnai kehidupan dan memandangkan ia juga merupakan subjek yang amat saya minati, ini sekali gus mengajar saya untuk menjadi lebih yakin dalam apa pun yang saya lakukan.
Apakah erti seni lukis bagi Cik Nasuha dan bagaimanakah ia memainkan peranan dalam kehidupan harian seseorang?
Dalam pendapat saya, seni persembahan mahupun seni lukis, malah tidak kira apa jenis seni, mendidik seseorang it untuk melihat dunia dalam perspektif yang berbeza. la juga memperlihatkan aspek kehidupan yang santai, kreatif dan juga mendalami lebih daripada luaran seharian seseorang itu. Contohnya, visual yang kita selalu nikmati di Muzium Negara memang selalu indah tetapi makna yang tersirat di sebalik sesebuah lukisan itu selalu menceritakan lebih daripada apa yang dilihat dengan mata kasar dalam kehidupan. Seni boleh memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita kerana a adalah antara cara yang dapat menarik perhatian orang ramai dengan mudah demi menyampaikan peringatan bag pelbagai perkara-perkara yang memerlukan perhatian. Yang penting, ia selalu dapat mewarnai kehidupan seharian kita lebih-lebih lagi dalam dunia yang moden lagi sibuk hari ini.
Adakah semua jenis seni memiliki makna yang mendalam? Sebagai seorang pelukis, apakah cabaran yang dihadapi dalam menyampaikan mesej yang diniatkan?
Tidak semestinya kerana setiap seni, anya terpulang pada cerita disebaliknya. Antara cabarannya adalah untuk berhati-hati supaya tidak meluahkan imej dan mesej yang berbeza daripada apa yang saya sebenarnya niatkan. Untuk melakukan ini, saya harus mengelakkan daripada menggunakan simbol-simbol yang merupakan perlambangan spesifik supaya tidak terjejas
Apakah perkara yang paling memuaskan yang telah Cik Nasuha alami sepanjang pengalaman berkarya?
Perkara yang paling memuaskan adalah apabila saya dapat membuktikan kepada Ibu dan Ayah saya yang saya mampu berjaya dalam bidang seni walaupun pada satu masa ketika mereka agak terkilan apabila saya menunjukkan hasrat untuk mendalami seni. Tetapi sekarang, alhamdulillah mereka menyokong saya.
Pada pendapat Cik Nasuha, adakah tempat bagi seni lukis di Singapura, memandangkan arena seni lukis tidak begitu luas dan menyerlah jika dibandingkan dengan negara lain?
Sudah tentu persada seni di Singapura agak kecil disebabkan pasaran dan ekonomi kini. Walaupun ia sudah berkembang, industri seni di sini mash lagi terjejas. Tempat untuk penggiat seni memang ada. Kalau dikira, memang banyak juga. Tetapi dari segi aspek kedudukan seni di sini, ia tidaklah berganjak seperti apa yang semua seniman inginkan. Banyak yang boleh dilakukan pada masa hadapan, Insha Allah.
Dalam kalangan masyarakat kita, terdapat ramai anak muda yang berbakat dalam bidang kesenian lukisan. Bagi Cik Nasuha, apakah perkara yang paling penting yang harus difahami dan diingati oleh bakat-bakat muda ini dalam penghasilan karya-karya mereka? Pada pendapat saya, mereka haruslah mengenali asal-usul aspek kesenian it dalam apa jua seni yang mereka minati. Jangan mudah putus asa walaupun ia kadangkala agak mencabar dari segi persaingan. Sentiasalah asah dan latih bakat mereka dan rajinkan diri untuk mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan yang terdapat di Singapura. Yang penting, anda harus yakin dengan karya dan bakat anda itu.
Bagaimana kemahiran seni dapat digunakan ke arah perbuatan amal?
Saya selalu percaya bahawa jika ada kemahuan, di situ pasti ada jalan, insha Allah. Tidak kira apa pun seni yang anda praktikkan, pasti ada caranya untuk menyumbang kepada masyarakat. Contohnya, lukisan saya boleh dijual dan hasilnya itu boleh diberikan kepada organisasi yang memerlukan, atau menerusi kerjasama dengan pihak penganjur.
Sudah tentu seni harus dinikmati, tetapi lebih daripada itu, ia lebih bermakna kerana ia mendorong kita untuk berfikir tentang isu-isu yang kadangkala diambil ringan oleh masyarakat. Dua orang boleh menatap lukisan yang sama, tetapi pandangan terhadap subjek lukisan barangkali berbeza dan inilah keindahan seni dalam membentuk pemikiran. Jangan biarkan penerokaan seni anda berhenti di sini saja, ayuh ke pesta seni yang khusus dianjurkan untuk melihat pelbagai karya seni, sekali gus meluaskan pengalaman seni anda!