Dalam dunia yang semakin hari semakin moden dan wujudnya hutan konkrit di setiap penjuru, landskap semula jadi menjadi santapan mata yang indah, meyegarkan dan menenangkan apabila dihayati. Entri Nusa kali ini akan memaparkan 5 landskap ajaib di dunia.
1. Cahaya Utara di Norway (Fenomena Aurora)
Di Norway, terdapat suatu fenomena yang dinamakan Aurora. Fenomena ini adalah apabila zarah bercas elektrik dari matahari menembusi atmosfera bumi. Palitan cahaya berwarna-warni dapat dilihat di atas kutub utara dan selatan. Cahaya-cahaya ini dikenali sebaga “Aurora borealis” di kutub utara dan “Aurora australis” di kutub selatan.
Cahaya Utara dapat disaksikan di hemisfera utara dan selatan. Para saintis mendapati bahawa seringkali, aurora utara dan selatan merupakan cerminan imej yang berlaku serentak dan mempunyai bentuk dan warna yang sama.
Para pengkaji juga mendapati bahawa kejadian aurora ini berlaku secara kitaran 11 tahun dan puncaknya adalah pada tahun 2013.Landskap ajaib ini amat menakjubkan kerana cahaya di langit kelihatan sungguh magis dan sempurna umpama sebuah lukisan yang terlahir daripada imaginasi seorang pelukis yang masyhur.
2. Salar de Uyuni di Bolivia
Salar de Uyuni merupakan dataran garam yang terluas di dunia. Dataran ini seluas 10,582 kilometer persegi. Salar terletak di wilayah Daniel Compos di barat selatan Bolivia. Salar ini terbentuk daripada transformasi beberapa sungai prasejarah.Ianya diselubungi oleh kerak garam untuk beberapa meter dan mempunyai sifat rata yang menakjubkan. Kerak ini merupakan sumber garam dan mengelilingi sebuah kolam air garam yang kaya dengan litium. Ia mengandungi 50-70% simpanan litium dunia dan bakal diekstrak. Kolam air garam yang terbentuk juga merupakan sebuah cermin semula jadi. Selain dapat mencerminkan langit yang cerah dan cantik, ia juga dapat mencerminkan apa sahaja di atasnya. Salar de Uyuni juga digelar “syurga dunia”. Jadi adik-adik sekalian, nanti boleh ajak ibu dan ayah mirror selfie di Salar de Uyuni!
3. Grand Prismatic Spring di Amerika Syarikat
Grand Prismatic Spring merupakan kolam air panas yang terbesar di Amerika Syarikat. Ia mendapat namanya daripada warna-warnanya yang memikat mata. Warna-warna yang terdapat di kolam ini serupa dengan warna-warna pelangi, yakni merah, jingga, kuning, hijau dan biru. Kolam ini buat pertama kalinya diterokai pada tahun 1870. Kejadian warna-warni di dalam kolam ini disebabkan oleh arkea berpigma dalam tikar mikrob yang tumbuh di tepi air yang kaya dengan mineral itu.
Suhu air di kolam itu dapat menentukan warna arkea di dalam kolam itu. Kolam ini berukuran 110m secara luas dan 40m secara dalam. Sekarang, kita tahu bahawa pelangi bukan sahaja dapat dilihat di langit tetapi juga di kolam air panas.
4. Cappadocia, Turki
Cappadocia mempunyai bentuknya sekarang kerana pernah berlakunya tanah runtuh. Terowong yang amat mengelirukan pula digali. Letupan gunung berapi zaman dahulu telah meneyelubungi daerah ini dengan debu yang kemudiannya mengeras menjadi batu-bata lembut. Angin dan air juga telah mewujudkan tembok pelbagai bentuk di Cappadocia. Cappadocia merupakan landskap yang dapat mencerminkan keindahan ciptaan Tuhan dan juga bakat manusia dalam menghasilkan sebuah landskap yang semula jadi. Di sini juga merupakan di mana pengunjung luar negara gemar menaiki belon panas dan meneroka.
5. Keukenhof di Lisse, Netherlands
Keukonhof merupakan sebuah taman bunga gergasi di Lisse, Netherlands. Pameran bunga ini hanya dibuka kepada orang ramai pada musim bunga antara bulan Mac dan Mei setiap tahun.
Justeru itu, pada setiap tahun, jika berpeluang, harus ke Holland untuk menyaksikan tanah lapang dipenuhi dengan lebih 7 juta kuntum bunga-bunga pelbagai warna dengan sekitar 800 bunga tulip.